Tuesday, July 4, 2023

PERMOHONAN KE POLITEKNIK 2023/2024

 

PERMOHONAN POLITEKNIK 2023 ONLINE JUN & DISEMBER (ambilan.mypolycc.edu.my)

Berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Muadzam Shah atau Politeknik malaysia diseluruh negara? Panduan buat pelajar lepasan SPM 2022 yang ingin memasuki Politeknik sebagai destinasi pengajian mereka. Untuk makluman, permohonan kemasukan Politeknik bagi program Diploma sepenuh masa untuk Sesi 1 2023/2024 dibuka pada 7 Februari hingga 28 Mac 2023. Manakala pengambilan Politeknik Sesi 2 2023/2024, permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my.

MOHON SEKARANG

Politeknik adalah merupakan salah satu institusi pengajian tinggi selepas universiti. Objektif penubuhan Politeknik adalah untuk menjadi institusi peneraju TVET dalam bidang teknikal pada peringkat Diploma dan ke atas. Sehingga kini terdapat 36 politeknik yang dibahagikan kepada Politeknik Premier, Konvensional dan METrO.

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK SESI 1 2023/2024

  • Permohonan dibuka : 7 Februari - 28 Mac 2023 (Fasa 1), 15 Mei - 13 Jun 2023 (Fasa 2)
  • Semakan panggilan temuduga : 8 Mei 2023
  • Sesi Temuduga : 11 Mei - 16 Jun 2023
  • Semakan keputusan permohonan : 7 Julai 2023
  • Cetakan surat tawaran : 10 Julai 2023
  • Permohonan rayuan : 7 Julai - 16 Julai 2023
  • Semakan keputusan rayuan : 7 Ogos 2023
  • Pendaftaran pelajar : bermula 21 Ogos 2023

CARA MOHON POLITEKNIK SESI 2023 ONLINE

Untuk permohonan kemasukan ke Politeknik dibuka sebanyak dua kali bagi Sesi 1 2023/2024 (UPUOnline) dan Sesi 2 2023/2024 menerusi laman web Politeknik. Bagi pengambilan Sesi 1 2023/2024, calon boleh membuat permohonan kemasukan ke Politeknik menerusi laman web https://upu.mohe.gov.my/. Manakala bagi Sesi 2 2023/2024 boleh terus dibuat melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

SENARAI BIDANG DITAWARKAN DI POLITEKNIK 2023

Antara bidang atau program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Malaysia adalah seperti berikut :
  • Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Elektrikal/ Perkapalan/ Petrokimia/ Penyelenggaraan Pesawat
  • Perdagangan
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Rekabentuk dan Komunikasi Visual
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan Politeknik Muadzam Shah boleh hubungi :

UNIT HAL EHWAL PELAJAR
Politeknik Muadzam Shah,
Lebuhraya Tun Abdul Razak,
26700 Muadzam Shah
Pahang.

Tel : 4502007


TAKWIM SESI II 2023/2024