Wednesday, April 13, 2022

PERMOHONAN TELAH DITUTUP

 

Whatsapp Info ( 31.3.2022)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SEPENUH MASA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI 1 2022/2023

1. Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi calon lepasan SPM 2021 dan lepasan SPM 2019-2020 adalah melalui UPUOnline (https://upu.mohe.gov.my). Borang permohonan telah ditutup pada 31 Mac 2022 tetapi dimaklumkan akan dibuka semula untuk permohonan baharu pada 1 Jun 2022.

2. Permohonan bagi lepasan SPM 2018 ke bawah & Selain SPM adalah melalui Portal Ambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (http://ambilan. mypolycc.edu.my). Permohonan boleh dibuat mulai 31 Mac 2022.

3. Untuk makluman, penawaran bagi program Pra Diploma masih ditangguhkan untuk sesi ini (tertakluk kepada arahan semasa)

4. Beberapa sistem yang berkaitan seperti sistem semakan syarat dan sistem cetakan surat tawaran sesi lepas masih dalam proses pengemaskinian. Sistem ini akan dimasukkan semula ke dalam portal selepas proses kemaskini selesai.

5. Syarat kemasukan yang baharu telah dikemaskini di dalam portal. Sekiranya tuan puan menemui sebarang ralat/kesalahan maklumat, mohon maklumkan kepada kami untuk tindakan segera.

6. Dibulan berkah yang bakal tiba ini, sama-samalah kita berdoa agar segala urusan pengambilan pada tahun ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua yang berkenaan.

Terima Kasih

Khairul 

No comments:

Post a Comment

TAKWIM SESI II 2023/2024